JIKA disebut cerita fantasi Beauty And The Beast, semua orang tahu kisah fantasi yang popular ini sehingga diangkat ke layar perak. Walau sudah ratusan tahun, cerita ini masih relevan dan diminati sehingga sekarang.

Salah satu elemen penting dalam kisah fantasi ini ialah kewujudan bunga mawar yang digambarkan memiliki magis tersendiri.

Jika diimbas secara ringkas kisah Beauty And The Beast ini, bunga mawar yang digelar Enchanted Rose itu menjadi penentu kepada sumpahan si Beast. Bunga itu akan terus mekar sehingga tiba ulang tahunnya yang ke-21.

Jika dia menemui wanita yang ikhlas mencintainya sebelum kelopak terakhir bunga itu gugur, sumpahannya akan berakhir dan rupanya akan kembali bertukar asal, iaitu seorang putera raja. Jika tidak, dia akan kekal dalam bentuk Beast itu buat selama-lamanya.

Maka dia menyimpan mawar itu dalam kubah kaca, memerhati kelopak bunga itu yang gugur satu persatu setiap tahun.

Secara logiknya, tiada tumbuhan yang dapat hidup begitu dalam kubah kaca yang rapat tanpa pengudaraan, air dan cahaya. Namun, sebuah syarikat yang menjual bunga iaitu Forever Rose telah berjaya menghasilkan bunga Beauty and the beast secara realiti.

Malah, bunga ciptaan mereka ini bagaikana ada magis tersendiri apabila mampu hidup lama tanpa memerlukan air dan cahaya.

Tetapi, keadaan itu hanya akan berlaku sekiranya bunga ini diletakkan di dalam sebuah bekas khas atau kubah kecil (dome). Tanpa air dan cahaya matahari, flora ini dapat hidup dengan subur untuk tempoh bertahun-tahun. Kelebihan ini menjadikan bunga ini berjaya menarik perhatian orang ramai terutama peminat cerita puteri Disney.

Menurut pengasas syarikat Forever Rose sewaktu mula-mula memperkenalkan bunga ini beberapa tahun lalu, terdapat ramuan istimewa yang digunakan ke atas ros Beauty and the beast ini. Bagaimanapun, bahan itu menjadi rahsia syarikat dan tidak akan didedahkan kepada umum.

Selain dari bahan rahsia yang digunakan, mawar asli tersebut diperoleh daripada tanah gunung berapi Ecuador di Amerika Selatan yang kaya dengan sumber mineral. Hasilnya, kelopak ros ini tumbuh menjadi sepuluh kali lebih tebal dan lima kali lebih besar berbanding mawar yang lain. Hal ini secara tidak langsung menjadikan ros ‘Beauty and the beast’ ini muncul sebagai flora yang memiliki kelebihan tersendiri.

Bunga ini juga didatangkan khas dengan 30 jenis warna sebagai pilihan kepada orang ramai. Antaranya merah sebagai warna utama, biru, hijau, merah jambu, ungu, putih dan lain-lain lagi. Malah, hitam turut dipilih sebagai warna ke atas flora magis ini.

Berbalik kepada bekas khas (dome) yang digunakan, apakah yang akan berlaku sekiranya ros ini dibiarkan di luar bekas itu?

Untuk pengetahuan, flora ini masih lagi mampu hidup dengan subur. Akan tetapi, ia hanya bertahan selama tempoh tiga tahun tanpa sumber air dan cahaya matahari.

Syarikat ini turut menampilkan pelbagai bentuk susunan ros magis ini. Ada yang diletakkan secara solo, ada di antara rekaan bunga yang diatur secara jambak. Malah, terdapat juga kuntuman ros yang disusun bersama objek lain seperti rantai dan pemanis mulut seperti coklat.

Pada awal kemunculan ros unik ini, ia hanya dijual kepada kaum kerabat diraja kerana bunganya yang begitu eksklusif. Namun, selepas menerima permintaan tinggi dari orang awam, ia mula dijual secara rawak.

Ros ‘Beauty and the beast’ dengan tawaran harga di antara $200 hingga $4,000. Nilai setiap rekaan adalah bergantung pada jenis hiasan dan bilangan kuntum yang dipilih oleh pelanggan.

________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen