KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha mendapatkan pendekatan terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah terutama murid di sekolah berasrama.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin berkata, KPM akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan nasihat berkaitan.
Sehubungan itu, Radzi memaklumkan telah mengadakan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi dan pegawai KPM bagi membincangkan mengenai isu berkenaan, semalam.
“Petang tadi (semalam) saya bersama pengurusan tertinggi dan pegawai KPM bermesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan pengurusan pengoperasian insititusi pendidikan bawah KPM yang memerlukan perhatian segera.
“Terima kasih atas komitmen semua yang hadir walaupun pada hujung minggu.
“Antara tumpuan perbincangan adalah mengenai pengurusan jangkitan COVID-19 di institusi pendidikan bawah KPM.
“Dalam hal ini, KPM sentiasa berusaha mendapatkan pendekatan terbaik untuk mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan warga sekolah khususnya murid di sekolah berasrama,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.
Baca artikel berkaitan: Radzi minta SPP segerakan temuduga guru interim
Mengulas lanjut, Radzi turut memaklumkan, mesyuarat itu turut membincangkan penyelarasan kebenaran pulang ke rumah bagi murid di institusi pendidikan bawah KPM sempena cuti Tahun Baharu Cina, awal Februari nanti.
Kata beliau, pemakluman berhubung perkara itu akan disampaikan melalui institusi masing-masing.
“Kami mohon kerjasama semua pihak, khususnya ibu bapa, murid dan guru untuk sama-sama membantu serta menyokong usaha KPM untuk memastikan murid dapat terus mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan selamat.
“Doakan usaha kami di KPM dipermudah dan setiap perancangan dapat dijayakan dengan sebaiknya demi kelangsungan pendidikan generasi pewaris negara,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

