Aeril Zafrel lebih percaya ‘kuasa’ wanita uruskan duit

Dari Penulis

RUPANYA-rupanya disebalik kejayaan dalam membina empayar perniagaan, terselit rahsia yang telah ‘dibocorkan oleh pelakon Aeril Zafrel.

Antara rahsia berkenaan ialah, Aeril membiarkan isterinya iaitu Wawa Zainal menguruskan semua hal kewangan syarikat.

“Tips kejayaan yang saya amalkan hingga ke hari ini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami.

“Malah sampai ke hari ini saya masih tak tahu lagi nak memindahkan duit syarikat sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” kongsi Aeril menerusi Facebook miliknya.

Dalam pada itu, Aeril turut menzahirkan rasa syukur kerana pekahwinan yang dibina bersama Wawa sudah berusia 10 tahun.

Biarpun berdepan asam garam berumah tangga namun ia menjadi asbab utama pengikat erat hubungan mereka.

“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama. Banyak dugaan yang telah kami lalui dari awal perkahwinan hinggalah ke hari ini.

“Kami bukanlah pasangan yang sempurna…masih banyak yang harus kami pelajari walaupun sudah sedekad sebantal bersama.

“Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.

“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang Tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama. Daripada empat orang anak hinggalah kejayaan Wawacosmetic pada harini,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This