Kutipan Kastam cecah RM42.50 bilion pada 2021

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melakukan kutipan hasil mencecah RM42.50 bilion pada 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kutipan tersebut melebihi sasaran awal Kementerian Kewangan iaitu sebanyak RM40 bilion.

“Sektor penguatkuasaan JKDM juga terserlah apabila berjaya menumpaskan kartel pengedaran dadah antarabangsa dengan rampasan dadah seberat 16 tan bernilai RM5.2 bilion.

“Dengan prestasi ini, saya yakin JKDM akan terus bergerak maju sebagai Petugas Barisan Hadapan Ekonomi yang berupaya memacu pertumbuhan berkualiti dan positif bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jangan ingat sembunyi dadah dalam tayar basikal boleh lepas, Kastam lagi cekap

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, JKDM perlu memastikan segenap warga Kastam celik digital dan bersedia untuk mengadaptasi transformasi teknologi semasa dalam membina serta membudayakan ekosistem data.

Katanya, hal itu sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021–2025 untuk memartabatkan ketelusan dan memperkasa kecekapan dalam urusan perkhidmatan.

“Saya percaya suntikan transformasi digital melalui pemerkasaan budaya dan ekosistem data dalam urusan perkhidmatan serta operasi JKDM mampu memperkasa prestasi jabatan ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha membantu JKDM untuk terus fokus membanteras penyeludupan dan memantapkan lagi kawalan sempadan negara.

“Komitmen ini terbukti melalui penambahan bot peronda dan mesin pengimbas sebagai aset baharu JKDM bagi memantapkan kedaulatan perbatasan dan selanjutnya
berupaya melancarkan aktiviti perdagangan rentas sempadan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This