PRN Johor: Mazlan Bujang disertai dua ADUN BERSATU umum keluar parti esok?

Dari Penulis

KHABAR angin yang menyatakan Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang akan keluar daripada parti itu semakin kencang bertiup di selatan tanah air apabila media telah menerima satu jemputan sidang media khas esok.

Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Puteri Wangsa sebelum ini juga hangat diperkatakan akan berhijrah ke sebuah parti lain dengan alasan tidak lagi sehaluan dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang lebih menarik, media difahamkan terdapat kemungkinan dua lagi ADUN BERSATU akan turut mengikut jejak langkah Mazlan dan menyertai majlis sidang akhar esok.

BERITA BERKAITAN Bersatu adakan mesyuarat khas bincang PRN Johor hari ini

Ketika dihubungi media, Mazlan yang juga EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor meminta semua pihak menunggu sidang media khas yang akan diadakan esok.

“Mana boleh beritahu dulu, tunggu esoklah. Jemput datang untuk buat liputan,” katanya ringkas memetik laporan Berita Harian.

Isnin lalu, Mazlan dilaporkan berkata beliau akan membuat suatu pengumuman berkaitan dengan masa depan karier politiknya dalam masa terdekat.

Sebelum itu, pada 20 Januari lalu pula, Mazlan dilaporkan sedia menimbangkan untuk bersara daripada dunia politik sekiranya PRN diadakan.

Beliau sebelum ini, menafikan bakal menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This