Tangkap layar rakaman CCTV gelagat dua pencuri gagal bawa lari peti besi.

TINDAKAN dua lelaki menyalahkan satu sama lain ketika cuba membawa lari sebuah peti besi dalam satu kejadian di Guar Perahu, Pulau Pinang menyebabkan mereka terpaksa berputih mata.

Mana tidaknya, hasil yang cuba dicuri terpaksa ditinggalkan selepas gagal dibawa lari menggunakan sebuah motosikal dalam kejadian pada 5.20 pagi, 22 Januari lalu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak tempat kejadian itu berlaku, rata-rata netizen ketawa melihat gelagat kedua-kedua pencuri yang didakwa tidak melakukan persediaan rapi sebelum bertindak membawa lari peti besi.

“Contoh rompakan tanpa rancangan teliti..mabuk kot.marah2 plak member die.apa susah.terbalik badan.tarik..siap..ngok perompak tu..,” ujar @asyan.

“Bila pencuri xde kertas kerja mcm ni laaa,” komen @ameahmad.

“Mencuri pon kena cerdik dik oiii…bkn bleh main rempoh cmtu ja…ilmu tu penting hatta nk mencuri pon kna da ilmu..,” tulis @pakcik.

Baca artikel berkaitan: Pemuda nyaris digilis lori tampil ceritakan kisah sebenar

@utusantvofficial Dia ingat ringan nak bawa macam tu. Kejadian pada 22 Jan lalu. 🤣. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Lelala Lelala Lalala – Warnengsih

Video berdurasi seminit yang dimuat naik ke TikTok UtusanTV itu sudah ditonton lebih 250,000 kali kira-kira dua jam lalu.

Dalam rakaman tersebut kelihatan dua orang pencuri yang ‘bertungkus lumus’ meletakkan peti besi di atas troli sebelum cuba menariknya menggunakan sebuah motosikal.

Namun, mereka seperti mengalami masalah untuk membawa lari peti besi yang berat itu sehingga membuatkan mereka berbalah.

Malah salah seorang pencuri itu bertindak menendang rakan ‘sekerjanya’ ketika peti besi itu tiba-tiba gagal dibawa bersama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad ketika dihubungi mengesahkan kejadian kes kecurian tersebut.

Katanya pemilik stesen minyak tersebut telah membuat laporan mengenai kejadian itu.

“Kes masih lagi di dalam siasatan polis dan suspek sedang giat dikesan.

“Suspek dianggarkan berusia 20 ke 30 tahun,” ujarnya dan menambah kes itu kini disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram