Tangkap layar tular hari kelepasan am pada 3 Februari palsu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK pagi tadi, orang ramai terutama warga Wilayah Persekutuan teruja apabila satu tangkap layar mengenai pengisytiharan hari kelepasan am pada 3 Februari tular dalam media sosial.

Ini kerana, Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari setiap tahun ‘bertembung’ dengan cuti am sempena Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, tangkap layar yang tular mengenai pengisytiharan hari kelepasan am itu adalah palsu.

JPM turut meminta orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Baca artikel berkaitan: Hospital Taiping dedah pesakit ketumbuhan otak tidak wujud, resit tular adalah palsu

“JPM ingin merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di WhatsApp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 (Khamis).

“Sehubungan itu, JPM menegaskan bahawa maklumat yang tertera adalah tidak benar,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This