SOP baharu umrah siap, hanya perlu input daripada agensi lain – Nancy

Dari Penulis

GARIS panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk umat Islam negara ini menunaikan ibadah umrah oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah siap sepenuhnya. dan kini menunggu persetutujuan daripada beberapa agensi lain.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara perkara yang diperhalusi di dalam SOP baharu tersebut adalah melibatkan masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah sekembalinya mereka ke tanah air.

Beliau berkata, SOP berkenaan perlu dipersetujui oleh pihak-pihak agensi berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebenarnya pada masa ini, kita sudah siap dengan SOP. Tetapi perlu juga input daripada Kementerian Kewangan (MoF). Jadi saya ada berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau masih berada di luar negara untuk program tertentu.

BERITA BERKAITAN Rakyat Malaysia kembali dibenarkan menunaikan umrah mulai 8 Februari – Nancy

“Beliau di sana pun sedang membuat SOP dan akan memberikan input,” katanya pada sidang akhbar majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Semalam, Kabinet memutuskan umat Islam dibenarkan untuk mengerjakan ibadat umrah berkuatkuasa 8 Februari ini dan keputusan itu dibuat, berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah bermula 8 Januari lalu disebabkan penularan jangkitan Omicron.

Mengulas mengenai kekeliruan yang timbul sama ada boleh meneruskan penerbangan umrah pada 8 Februari depan, Nancy menjelaskan, ia tidak semestinya dilaksanakan pada tarikh tersebut kerana banyak perkara perlu dimuktamadkan.

“Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari…Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan SOP dan tempahan serta sebagainya.

“Saya tidak kata boleh terus terbang tetapi ikut perkataan (yang digunakan) boleh bermula,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi lemah magnitud 3.3 berlaku di perairan Batu Pahat

SATU gempa bumi lemah dilapor telah berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 1.17 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia...

More Articles Like This