Adakah Bayi Yang Meninggal Dunia Dan Tidak Mengucap Syahadah Dianggap Kafir?

Dari Penulis

Apabila kita membicarakan tentang mengucap dua kalimah syahadah atau mengucap Kalimah Tauhid, timbul satu persoalan. Bagaimanakah dengan bayi yang lahir dan tidak pernah mengucap syahadah, adakah mereka dikategorikan sebagai Muslim atau sebaliknya?

Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh meneliti hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Setiap bayi yang dilahirkan itu adalah dilahirkan dalam fitrah (Islam). Kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” HR Bukhari dan Muslim.

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah telah mensyarahkan hadis ini dengan menjelaskan bahawa pandangan yang paling kuat adalah anak-anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan masuk Syurga.

Begitu juga dengan anak-anak orang kafir yang mati sebelum baligh, pandangan yang paling kuat ialah mereka akan menjadi penghuni Syurga.

Namun, dari sudut urusan di dunia al-Imam al-Nawawi telah menjelaskan bahawa, “Anak-anak orang kafir, hukum (urusan) mereka di dunia adalah seperti hukum (urusan) bapa-bapa mereka.”

Zikir Afdal

Umat Islam adalah digalakkan agar sentiasa mengingati dan berzikir mengagungkan Allah Ta’ala. Zikir yang terbaik ialah Laa ilaaha illallaah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling afdhal ialah Laa ilaaha illallaah” (HR al-Tirmizi).

Beliau menyebut, “Hadis ini Hasan Gharib”. Hadis ini juga disahihkan oleh al-Imam al-Suyuti.

Al-Shaikh al-Mubarakfuri rahimahullah dalam kitabnya Tuhfatul Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmizi telah menghuraikan hadis ini dengan berkata,

“Zikir yang paling afdhal ialah Laa ilaaha illallaah” kerana ianya adalah Kalimah Tauhid dan Tauhid tidak dapat ditandingi oleh apa sekalipun dan ianya adalah pembeza antara kufur dan iman.

Ianya juga lebih memfokuskan hati untuk bersama Allah dan menjauhkannya daripada selain Allah, lebih menyucikan jiwa, lebih menapis batin, lebih membersihkan lintasan hati daripada keburukan jiwa dan lebih kuat menghalau Syaitan.”

Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita meneliti hadis berikut; daripada Abdullah bin Busr r.a. bahawa seorang lelaki telah datang dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya amalan agama Islam telah menjadi banyak ke atasku. Beritahulah kepadaku satu perkataan yang aku akan berpegang dengannya.” Jawab Baginda, “Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan zikir Allah” (HR al-Tirmizi. Beliau berkata hadith ini Hasan Gharib dan al-Albani mengkategorikannya sebagai Sahih).

Ayuh, sentiasalah kita mengingati Allah dalam hati kita dan sentiasalah kita mengagungkan Allah dengan lidah kita. Perbanyakkanlah zikir, tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La ilaha illah) dan takbir (Allahu Akbar) dengan penuh khusyuk dan tawaduk seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. sama ada secara keseorangan mahu pun di khalayak ramai. Semoga Allah mengingati kita dari atas tujuh petala langit serta memberkati dan merahmati kita semua. Wallahu a’lam

______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This