SELEPAS setahun bernikah, aktor Azlee Khairi akhirnya mengesahkan dirinya sudah berkahwin buat kali kedua.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 itu bernikah pada Januari tahun dengan seorang kru penerbangan dikenali sebagai Nurul Hidayah atau Dhiya.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan dia memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana yang hanya membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya kepada URTV.
Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke-33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” ujarnya.
Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.
Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.
“Selepas setahun, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
“Masa itu, saya akan berkongsi gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing-masing,” tegasnya.
Ditanya mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tidak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini memandai kalau keluarga sahaja yang tahu. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila-bila,” jelasnya.
Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar 2014.
Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.
Bagaimanapun sekitar Nove

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

