SAAT kejadian seorang rider e-hailing (Ojol) merempuh kaunter sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Veteran, Banjarmasin, Indonesia, Jumaat lalu tular di media sosial negara itu.
Dalam satu klip video pendek 10 saat itu, detik cemas yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut memperlihatkan seorang pekerja menjerit ketakutan selepas secara tiba-tiba sebuah motosikal merempuh kaunter.
Rempuhan itu menyebabkan kaunter kaca kedai terbabit bersepai.
Baca artikel berkaitan: 17 cedera selepas bas dinaiki tercabut bumbung dekat Padang Panjang
@utusantvofficial Bersepai habis ?. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound – UtusanTV
Memetik laporan Tribune Medan, kejadian dikatakan berpunca daripada penunggang motosikal itu sedang mengguna telefon bimbit kerana ada pesanan perkhidmatan yang diterimanya.
Ketika rempuhan berlaku terdapat seorang pelanggan bersama dua pekerja di kaunter kedai itu.
Tiada kecederaan serius dilaporkan walaupun kaca kaunter bertaburan akibat rempuhan yang berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

