Seorang guru telah bertanya kepada seorang muridnya, “Kamu telah menghabiskan masamu begitu lama dengan ku, jadi apakah perkara yang kamu pelajari?” soal guru itu.
“Sesungguhnya aku belajar lapan perkara,” jawab anak murid.
Pertama: Aku melihat kepada penciptaan. Setiap orang yang dikasihi, apabila dia ke kubur, maka dia meninggalkan apa yang disayanginya di dunia. Dengan itu, aku hanya cintai kebaikanku dan amalanku, cara itu mereka akan bersama ku ke kubur.
Kedua: Aku telah melihat kepada ayat ini “Adapun orang yang takut berdiri dihadapan Tuhannya (untuk dihitung amalnya) dan menahan dirinya dari hawa nafsu.” (An-Naazi’aat: 40). Oleh itu, aku berjuang untuk melawan hawa nafsu ku, jadi aku boleh terus mentaati Allah.
Ketiga: Aku melihat bahawa jika seseorang mempunyai sesuatu yang bernilai dengannya maka dia akan melindunginya sebaik mungkin. Kemudian, aku terfikir tentang ayat ini “Sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl: 97). Oleh itu, apa yang bernilai denganku hanya menumpukan diriku kepada Nya supaya ia akan bersama dengan Nya untuk aku.
Keempat: Aku melihat orang hanya mengejar dan mencari kekayaan, kehormatan dan kedudukan, namun ia tidak bernilai apa-apa kepadaku. Kemudian aku terfikir akan kata-kata Allah “Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu (bukan lebih keturunan ataupun bangsamu).” (Al-Hujurat: 13). Jadi aku melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kemuliaan di hadapan-Nya.
Kelima: Aku melihat ramai yang cemburu antara satu sama lain, dan aku melihat ayat ini “Kami membahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia. Dan rahmat Tuhanmu adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata mereka kumpulkan.” (Az-Zukhruf: 32). Oleh itu, aku meninggalkan rasa cemburu itu.
Keenam: Aku melihat ramai orang yang mempunyai perasaan permusuhan, dan aku terfikir akan ayat ini “Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Yusuf: 5). Jadi, aku tinggalkan permusuhan dengan manusia, dan hanya syaitan sahaja musuhku.
Ketujuh: Aku melihat orang terlalu sibuk dalam mencari rezeki, dan aku terfikir akan ayat ini “Tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jua lah yang menguasainya.” (Hud: 56). Jadi, aku terus sibuk dengan tanggungjawab kepada Nya dan meninggalkan hartaku dengan Nya.
Kelapan: Aku mendapati mereka terlalu bergantung kepada perniagaan, bangunan dan kesihatan, dan aku terfikir ayat ini “Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah baginya.” (At-Talaq: 3). Oleh kerana itu, aku berserah diri hanya kepada Allah S.W.T.
______________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

