SELEPAS aksi pemanduan secara merbahaya tular, pemandu Audi berusia 36 tahun dan Toyota Wish, 34, akhirnya tampil menyerah diri sebelum kedua-duanya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Ma’arof berkata, pemandu Audi A4 merupakan seorang lelaki berbangsa India bertindak menyerah diri pada Isnin kira-kira pukul 9 malam.
“Manakala suspek kedua yang memandu Toyota Wish seorang lelaki berbangsa Melayu menyerah diri pukul 6.45 petang hari ini dan tangkapan telah dibuat ke atas kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki cuba bunuh diri di Kompleks Darul Kifayah
Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.
“Namun, pemilik Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan kejar-mengejar antara kedua-dua suspek,” ujarnya.
Aksi kedua-dua buah kenderaan itu tular selepas dipandu secara melulu dan merbahaya di Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 269 hingga KM238 arah selatan.
Nanda berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah berjaya mengesan kedua-dua pemilik dan pemandu kenderaan yang terlibat dalam rakaman video tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

