Selagi PAU, muktamar tidak putus, pada saya MN masih wujud – Annuar

Dari Penulis

KEPUTUSAN hubungan kerjasama antara UMNO dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti berkenaan, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Bekas Setiausaha Agung UMNO yang turut sama terlibat dalam proses rundingan MN sehingga piagam MN dimeterai UMNO dan Pas pada 14 September 2019 itu berkata  isu besar seperti itu perlu diserahkan kepada pemimpin parti kerana MN itu diputuskan Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO.

“Selagi Muktamar Pas dan Perhimpunan Agung UMNO tidak membuat apa-apa pada saya MN masih wujud, masih kekal,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Kelantan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kota Bharu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana hubungan kerjasama MN antara Pas dan UMNO apabila terdapat beberapa pimpinan daripada kedua-dua parti terbabit sering berbalas kenyataan mengenai isu berkenaan.

Annuar yang juga Ketua Bahagian UMNO Ketereh berkata mana-mana individu yang tidak terlibat dalam pembentukan MN, dinasihatkan supaya tidak memberi kenyataan atau gambaran yang kurang baik terhadap kerjasama ini.

Annuar Musa terlibat dalam proses rundingan menubuhkan Muafakat Nasional ketika menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung UMNO tidak lama dahulu.

Baca: Ada kluster dalam UMNO kita hormat, tetapi kesabaran Pas tetap ada had – Khairil Nizam

Asyik ulang soal sokongan bersyarat, Nazir bidas Wan Saiful

Sebelum ini, media melaporkan UMNO Kelantan dan Terengganu telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Pas negeri menerusi MN.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This