“Kami baru sahaja sambut hari lahir ayah…,” – Ariff Bahran risaukan keluarga selepas positif Covid-19

Dari Penulis


PENYANYI Ariff Bahran berkongsi berita duka apabila disahkan positif Covid-19 selepas mula mengalami simptom lemah badan dan sakit tekak.

Ariff memaklumkan khabar tersebut menerusi perkongsian hantaran di Instagramnya pada semalam.

“Waktu yang tepat ketika serangan panik melanda. Bergegas ke klinik selepas sesi penggambaran. Rasa lemah badan, selesema, sakit tekak.

“Buat ujian kendiri dua kali dan tak puas hati. Pergi ke klinik untuk menjalani RTK. Disahkan positif Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bicara Rasa ini turut meluahkan kerisauan buat isteri tercinta dan keluarga oleh kerana mereka baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran bapanya, semalam.

“Saya risaukan isteri dan keluarga saya kerana kami baru sahaja sambut hari lahir ayah hari ini (semalam). Doakan semuanya baik-baik sahaja.

“Untuk mereka yang tengah bekerja, tolong jaga SOP,” pesannya.

Tinjauan URTV di ruangan komen melihat rata-rata rakan artis dan peminat turun mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Ariff.

“Allah, semoga cepat sembuh,” komen @raydapdap.

“Terus kuat,” ujar @official_aimantino.

“Semoga cepat sembuh,” kata @haqiemrusli.

Buat info, selain Ariff, penyanyi Nabila Razali juga dilaporkan telah disahkan positif Covid-19 pada hari ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This