Anak positif Covid-19, Ifa Raziah sanggup tolak tawaran kerja

Dari Penulis

MAHU fokus sepenuhnya terhadap kesihatan anak menjadi asbab mengapa pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menolak beberapa tawaran kerja yang diterimanya daripada pihak produksi.

Menurut pemilik nama Saripah Raziah Mustapha, 47, dia meluahkan kerisauan apabila anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili, 17, telah dijangkiti Covid-19 di sekolahnya sejak 12 hari yang lalu.

“Kalau nak ikutkan, Aqili sudah tamat tempoh kuarantin dan saya hanyalah kontak rapat dan perlu kuarantin selama lima hari sahaja.

“Tetapi sekarang ini, saya risau melihat Aqili yang nampak lemah walaupun tempoh kuarantin sudah berakhir.

“Banyak tawaran kerja yang saya tolak, lagi pun tak ada rasa nak fikir tentang kerja. Tetapi tidak mengapalah nyawa anak saya lebih penting,” jelasnya.

Malah, pelakon kelahiran Kedah itu turut memaklumkan ahli keluarga yang lain dalam keadaan yang baik dan tidak dijangkiti virus maut tersebut.

Katanya lagi, dia akan memantau anaknya itu dari semasa ke semasa dan meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesihatan Aqili kembali pulih seperti sedia kala.

“Alhamdulilah, kami semua sihat. Hanya Aqili sahaja. Rasa bersyukur sangat kerana virus tersebut tidak merebak kepada kami tetapi dalam masa sama kasihan melihat Aqili berkurung seorang diri di dalam bilik.

“Doakan Aqili kembali ceria dan semangatnya kembali pulih ya. Sekarang ini kami sedang memantau keadaannya selepas dijangkiti Covid-19 untuk melihat kalau ada gejala ‘Long Covid’ pula.

“Harap-harap tidak adalah. Saya ada dengar juga yang ‘Long Covid’ ini juga berbahaya dan boleh menjadi serius,” luahnya.

Sumber: Gempak


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This