“Anugerah yang bermakna sepanjang 50 tahun dalam dunia seni…,” – Hail Amir dianugerahkan gelaran Datuk

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon terkenal era 70-an, Datuk Hail Amir menzahirkan rasa terharu dan gembira atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Hail merupakan antara peneriman PMW yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Saya sifatkan penghargaan ini sebagai satu anugerah yang amat bermakna sepanjang 50 tahun melibatkan diri dalam dunia seni.

“Syukur pingat kebesaran itu dianugerahkan kepada saya sewaktu masih bernyawa.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang masih meminati dan tidak meminggirkan saya,” katanya bapa kepada empat cahaya mata ini.

Hail,74, popular menerusi lagu Wajah Kesayangan Hamba, Hujan, Merpati Dua Sejoli, Kabus dan Tanda Kasih.

Selain menyanyi, Hail yang berasal dari Pulau Pinang itu juga turut pernah membintangi filem Jiwa Remaja bersama dengan Datuk Yusof Haslam dan Uji Rashid.

Bermula dari situ, karier lakonannya semakin melonjak naik dan turut ditawarkan berlakon dalam filem Menanti Hari Esok, Ribut Barat, Anita Dunia Ajaib, Cinta Dan Lagu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This