PELAKON dan pengacara sensasi, Azwan Ali mendedahkan jika ada segelintir pihak mahu dia menjadi salah seorang juri bagi program realiti yang sedang ‘panas’ saat ini.
Namun, Azwan atau nama sebenar, Mohamed Azwan Ali,55 teguh dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran yang menginginkan dia duduk dikerusi penjurian rancangan terbabit.
“Bilion ‘tag’ kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis.
“Saya berkelas dunia, kau sekolah tak,” ciapnya menerusi Twitter.
Ahad lalu, kemunculan Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta program realiti Big Stage 2022 (BS22) telah mengejutkan ramai pihak.
Malah, penyertaan pelantun lagu Hujan itu telah mencetuskan kontroversi serta perdebatan dalam kalangan netizen yang menyifatkan pemilihan Iqbal hanya salah satu cara untuk menaikkan ‘rating’ program tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen turut menyifatkan pihak stesen televisyen Astro sengaja mencari publisiti murahan dengan melantik Datuk Seri Vida selaku Presiden Netizen yang juga bekas kekasih Iqbal.
Malah, Datuk Hattan turut tampil meluahkan rasa kecewanya selepas melihat kemunculan Iqbal di dalam program tersebut dan memohon pihak penyiar mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengangkat industri hiburan ke tahap yang lebih tinggi.
Hattan turut mempertikaikan kredibiliti pihak produksi yang seakan tidak peka dengan peranan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri tetap program berkenaan.

