PDRM nafi tak ambil tindakan video tular kes pukul

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tidak mengambil tindakan terhadap video tular memaparkan beberapa kejadian individu dipukul pihak yang didakwa ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya telah mengesan penularan video berdurasi 4 minit 59 saat melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian tersebut.

Menurut beliau, video tersebut turut memaparkan kenyataan bahawa tiada sebarang tindakan diambil pihak polis.

Bagaimanapun, Abd. Jalil memaklumkan, semakan mendapati video tersebut mengandungi rangkuman beberapa kejadian jenayah yang dikenal pasti berlaku di sekitar kawasan Selangor dan Pulau Pinang pada tahun 2020.

“Paparan klip video tersebut mengandungi kenyataan tidak benar terhadap PDRM.

“Ini kerana siasatan telah dijalankan ke atas kejadian-kejadian yang ditularkan dan pelaku berkaitan telah dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PDRM nafi keluar amaran sindiket culik, jual organ kanak-kanak

Mengulas lanjut, Abd. Jalil menegaskan perbuatan menularkan kandungan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam adalah satu kesalahan.

Kata beliau, ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja melakukan kesalahan ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This