Jackie Chan sumbang 1 juta pelitup muka untuk rakyat Malaysia

Dari Penulis

BINTANG filem terkenal, Jackie Chan menyumbangkan 1 juta keping pelitup muka untuk petugas barisan hadapan perubatan, polis, rumah kebajikan serta mangsa yang terjejas akibat banjir tahun lepas.

Sumbangan tersebut diuruskannya rakannya, Johnson Ng dan syarikat SkyPro Medical (Malaysia) Sdn Bhd untuk diedarkan kepada mereka yang layak di negara ini yang disampaikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Jackie Chan

Melalui satu kenyataan, Jackie berharap sumbangannya mendorong lebih ramai dermawan menyertai usaha menderma untuk Malaysia.

“Ini akan membantu petugas barisan hadapan untuk bersiap sedia dalam memerangi wabak Covid-19. Kumpulan topeng muka berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Skypro Medical Products (Xiamen) Co., Ltd tiba di Malaysia pada 4 Februari lepas,” kata kenyataan itu.

Senarai penerima pelitup muka tersebut adalah:

1) Rumah kebajikan orang-orang tua (100,000 keping)

2) Kementerian Kesihatan (200,000 keping)

3) Polis dan imigresen (300,000 keping)

4) Keluarga mangsa banjir (400,000 keping)

Kementerian Pengangkutan akan menguruskan pengedaran pelitup tersebut kepada rumah kebajikan orang-orang tua dan keluarga mangsa banjir.

KES harian pandemik COVID-19 terus mencatatkan peningkatan mendadak dan tertinggi ekoran penularan gelombang varian Omicron di Malaysia. Hari ini, sebanyak 19,090 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan mencecah 2.975 juta.

Sebanyak 55 kematian dilaporkan dalam kejadian banjir besar yang melanda negara Disember lepas.

Manakala, sejak bermulanya Monsun Timur Laut 2021/2022, sebanyak 38,113 keluarga dengan
136,030 orang telah dipindahkan ke 1,112 pusat pemindahan banjir.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan, kerugian kewangan akibat banjir melibatkan kos sebanyak RM6.1 bilion. Manakala, mangsa banjir mengalami kerugian melebihi RM2.6 bilion kerosakan rumah dan kenderaan mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This