Idris (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Mohammad Shatar selepas sesi pertemuan di Mercu MQA.

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) meyahut seruan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menawarkan kursus jangka masa pendek berakreditasi, micro-credential dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, berkata penawaran kursus micro-credential oleh MACA itu akan memperluas akses pendidikan kepada masyarakat terutama yang bertugas membabitkan integriti.

Katanya, MQA sentiasa memberi galakan dan sedia menjadi pemudah cara dengan memberi panduan serta khidmat rundingan kepada institusi yang berhasrat untuk menawarkan micro-credential.

“Penawaran program micro-credential penting bagi menyokong agenda pembelajaran sepanjang hayat (PSH), meningkatkan kemahiran dan sebagai kelayakan alternatif kepada individu.

“Sehingga 31 Disember 2021 sebanyak 10,941 kursus dan 574 program sudah ditawarkan menerusi micro-credential oleh 54 institusi pengajian tinggi swasta dan dua universiti awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan delegasi daripada MACA yang terdiri daripada Pengarahnya, Datuk Idris Zaharuddin; Timbalan Pengarah (Pengurusan), Zuhairie Abu Bakar dan Penasihat Akademik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr. Kassim Noor Mohamed ke Mercu MQA, di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dakwaan salah laku di Mara, SPRM akan panggil 10 lagi individu

Sementara itu, Idris berkata, pihaknya melihat kursus micro-credential yang diakreditasi oleh MQA adalah satu platform yang sangat baik dalam usaha memberi nilai tambah terhadap program baru dan sedia ada ditawarkan pihaknya.

Beliau berkata, penawaran itu menjadi satu peluang kepada institusi latihan seperti MACA untuk meperkasakan lagi program latihan dan ia boleh dibangunkan modul secara kendiri atau berkolaborasi dengan universiti.

“Kami mahu meningkatkan kapasiti, kapabiliti serta memberi pengetahuan tinggi kepada peserta yang mengikuti program berakreditasi jangka pendek bakal ditawarkan ini seterusnya memberi peluang kepada golongan bekerja bagi meningkatkan tahap kelayakan akademik.

“Kami merancang untuk menawarkan kursus seperti Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), Kursus Siasatan, Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Pelan Antirasuah Berorganisasi (OACP) dan Siasatan Berasaskan Perisikan (IBI),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram