[VIDEO] Pak cik bas suruh pegang kuat-kuat, cerita pelajar USIM

Dari Penulis

“Saya dengar pak cik pemandu bas menjerit suruh pegang kuat-kuat”.

Demikian cerita salah seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terlibat dalam kemalangan bas di Bandar Baru Nilai kelmarin.

Menurut Fadhilatul Hikmah Fakhrul Adabi, 19, pada pagi kejadian dia bersama 16 rakan yang lain dalam perjalanan ke kampus untuk hadiri kuliah secara fizikal.

Katanya, semuanya berlaku secara tiba-tiba, dan apabila tiba di lokasi kejadian pemandu bas memberi amaran akan berlaku kemalangan.

“Saya tak rasa pakcik pemandu bas tekan brek, memang tidak brek langsung sewaktu membelok,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Ujarnya akibat kejadian itu, dia sangat takut dan trauma untuk kembali menggunakan perkhidmatan bas.

“Badan saya menggigil sejurus selepas kejadian berlaku,” ceritanya lagi.

Baca artikel berkaitan: 4 pelajar USIM cedera, bas terbalik dekat Bandar Baru Nilai

@utusantvofficial 4 pelajar USIM cedera dalam kemalangan ini. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi Selasa, seramai 17 pelajar USIM berdepan detik cemas apabila bas mereka naiki terbabas sebelum terbalik.

Empat dilaporkan cedera dan menerima rawatan manakala 13 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Nur Syazwani Abu, 19, yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengatakan, dia tercampak ke bahagian kanan bas ketika situasi cemas tersebut berlaku.

Ujarnya, sehari sebelum kejadian, dia berasa tidak sedap hati untuk ke kelas pada keesokkan harinya.

“Saya cakap dengan kawan serumah, malas nak pergi ke kelas secara fizikal kerana sebelum ini berlangsung secara dalam talian sahaja,” ujarnya dengan nada lemah.

Tambahnya, saat ketika kemalangan itu berlaku, dia nampak bas sudah senget ke kanan dan berdoa supaya tidak terbalik.

Dalam pada itu, Wan Nursyafiqah Sofea Wan Bazlan, 19, mengatakan kejadian itu merupakan mimpi ngeri buat dirinya.

Katanya selepas kemalangan dia sukar bernafas dan penglihatan tiba-tiba menjadi kabur.

“Saya dipantau enam ke tujuh jam oleh doktor sebab risau jika ada kepatahan atau pendarahan dalaman sebelum dibenarkan keluar dari hospital,” jelasnya.

Wan Nursyafiqah Sofea memaklumkan, semua pelajar yang terlibat dalam kemalangan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan diberi tempoh rehat selama seminggu oleh pihak USIM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This