SEBUAH trak sarat dengan silinder gas meletup di Lebuhraya Beirut-Jounieh, Lebanon semalam sehingga menyebabkan gegarannya dirasai penduduk setempat.
Klip video trak itu terbakar sebelum meletup tular selepas ia dikongsi di media sosial negara tersebut.
Memetik laporan Alarabiya News, letupan itu kedengaran sehingga kawasan kejiranan Zouk Mosbeh sejauh lima kilometer dari tempat ia berlaku di Kaslik.
Baca artikel berkaitan: ‘Angkara Milo’, kanak-kanak 3 tahun jadi sado, usik netizen
@utusantvofficial Kuat letupan ?. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV
Menurut laporan media tempatan pemandu trak tersebut melarikan diri dari tempat kejadian sejurus kenderaan itu terbakar.
Cubaan untuk menghubungi pemandu berkenaan gagal selepas telefon dimatikan.
Akibat letupan tersebut dua buah kereta yang berada berhampiran kawasan kejadian rosak teruk, tetapi tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Trafik di kedua-dua hala lebuh raya tersebut turut terhenti akibat kejadian itu, manakala api berjaya dipadamkan oleeh pihak pertahanan awam yang tiba di lokasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

