Lawatan PM bukti hubungan akrab Malaysia-Brunei

Dari Penulis

HUBUNGAN dua hala Malaysia dan Brunei sentiasa akrab dan terus diperkukuhkan lagi menerusi lawatan dua hari Perdana MenteriĀ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Brunei bermulaĀ Isnin.

saifuddin
SAIFUDDIN ABDULLAH

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi akaun Twitternya berkata lawatan Ismail Sabri telah membantu mengukuhkan lagi kerjasama yang telah sekian lama terjalin antara kedua-dua negara.

ā€œKedua-dua negara telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ke arah pemulihan ekonomi dan pengurusan COVID-19, termasuk mewujudkan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) melalui udara,ā€ ciapnya.

Pelaksanaan VTL udara dan darat serta pengiktirafan sijil vaksinasi digital MySejahtera dan BruHealth,Ā dua perkara utama yang diputuskan semasa lawatan rasmi dua hari itu.Ā 

Baca: VTL udara, darat Brunei-Malaysia hasil lawatan dua hari PM Ismail Sabri ke Brunei

Perjanjian yang dicapai hasil perbincangan antara Ismail Sabri dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah itu bakal melegakan rakyat kedua-dua negara selain membantu memulihkan sektor ekonomi.

Buat masa ini terdapat lebih 25,000 rakyat Malaysia menetap di Brunei, terdiri golongan profesional, pelajar dan yang bekerja di negara ini serta rakyat Sarawak, khususnya di kawasan sempadan yang berulang-alik ke Brunei.

Lawatan rasmi Ismail Sabri ke Brunei adalah yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri Ogos lepas. 

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ā€˜shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: LayariĀ utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ā€˜Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diĀ TikTok,Ā Facebook,Ā Twitter,Ā InstagramĀ &Ā Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This