PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew mendakwa kesemua 11 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya merupakan tuduhan tidak berasas dan melampau dengan tujuan utama untuk menjatuhkan kredibiliti.
Dalam video dimuat naik Facebook Deasoka, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew turut mendakwa pertuduhan di mahkamah itu adalah cubaan menghina dan merendahkan maruahnya supaya beliau berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja amal.
Ebit turut mendakwa semua pertuduhan itu dilakukan oleh kumpulan yang telah membuat perancangan lama.
Beliau yang ketika ini berada di Sabah untuk melakukan kerja amal turut mengakui agak terkejut selepas mengetahui mengenai pendakwaan berkenaan.
Namun begitu, Ebit tetap reda dan tenang kerana yakin tidak bersalah.
“Saya melihat pertuduhan tadi tak berasas, melampau dan tujuan utamanya untuk menjatuhkan kredibiliti saya, supaya saya nampak dihina dan direndahkan serta supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.
Baca artikel berkaitan: Ebit Lew didakwa hantar gambar, perkataan lucah guna WhatsApp
Ebit Lew mengaku tidak bersalah 11 pertuduhan gangguan seksual
“Apa yang saya tahu, semua 11 pertuduhan tadi adalah daripada seorang pengadu.
“Saya baru beberapa hari lepas dapat tahu, terkejut juga sebab memang dalam kerja amal di Sabah tapi saya tak rasa apa-apa sebab saya tahu saya tak bersalah.
“Saya yakin ini perancangan ramai orang daripada dulu lagi untuk menganggu kerja amal,” katanya dalam video berkenaan.
Terdahulu, Ebit mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapinya ketika dihadapkan ke Mahkamah Litar Tenom, Sabah, hari ini.
Ebit, 37, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli.
Ebit pula diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April sebagai tarikh perbicaraan.
Pendakwah terbabit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

