Kes Ebit Lew: Saksi padam gambar, mesej sebelum buat laporan polis

Dari Penulis

SEORANG wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa dia telah memadam gambar dan mesej daripada telefon bimbitnya, sebelum membuat laporan polis di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 berhubung kes Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Wanita berusia 40-an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ram Singh yang mewakili tertuduh pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Ram Singh: Kenapa anda padamkan gambar anda atau teks mesej sebelum anda buat laporan polis?

Saksi: Saya rasa saya padam sebelum saya pasti untuk membuat laporan (polis). Memang dari awal ada saya padam mesej dari dia (Ebit Lew) dan dari saya juga sebab kalau ikut terlalu banyak mesej dari dia, yang tinggal itu saya tidak terpadam.

Baca artikel lain: Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew – Saksi

Pengadu itu juga tidak pasti jika tindakannya memadam bukti penting itu adalah untuk menyelamatkan dirinya apabila ditanya oleh Ram Singh bahawa “anda memadamkan bukti penting untuk menyelamatkan diri sendiri?”.

Wanita itu juga memberi jawapan “tidak pasti”, apabila Ram Singh bertanya sekiranya tindakan memadam bukti penting itu adalah untuk menggambarkan dirinya sebagai isteri yang baik kepada suaminya.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This