Saksi tak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis

Dari Penulis

SEORANG wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret Tenom bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, kepada polis.

Wanita berusia 40-an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berhubung gangguan seksual pendakwah tersebut, berkata telefon berkenaan adalah untuk kegunaan di rumah bersama suaminya dan beliau tidak ingat nombornya kerana sudah tidak aktif.

Ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ram Singh di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, saksi berkata beliau menerima panggilan video daripada Ebit Lew pada petang 10 Julai 2021 melalui telefon bimbit lain miliknya sebelum bertindak merakam panggilan itu menggunakan telefon rumah.

Baca artikel lain: Saksi mengaku pernah dedah anggota badan ketika panggilan video dengan Ebit Lew

Wanita itu berkata panggilan video tersebut adalah yang pertama dirakamnya dan ia dilakukan tanpa pengetahuan tertuduh sebelum beliau bertindak menyekat nombor telefon Ebit Lew pada 11 Julai 2021.

Beliau berkata telefon yang digunakan untuk panggilan video itu telah diserah kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan disambung esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This