Keputusan babit Ebit Lew kes gangguan seksual diketahui petang ini

Dari Penulis

KEPUTUSAN akhir terhadap pendakwah terkenal Ebit Lew melibatkan 11 pertuduhan kes gangguan seksual dihadapinya dijangka diketahui petang ini.

Nasib pendakwah yang nama sebenarnya Ebit Irawan Lew, 41 itu akan diketahui di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah selepas empat tahun proses perbicaraan.

Difahamkan, prosiding dijadualkan bermula jam 4.30 petang dan perkara itu telah disahkan oleh kedua-dua pihak, termasuk pasukan peguam mewakili beliau serta pasukan Timbalan Pendakwa Raya.

Ebit Lew dibicarakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani sejak September 2022 atas 11 pertuduhan gangguan seksual.

Seramai 18 saksi pendakwaan telah hadir memberi keterangan sewaktu perbicaraan.

Pendakwah tersebut didakwa membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa wanita berusia 40-an melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Analia Kamaruddin dan Muhammad Hidayat Wahab.

Ebit Lew pula diwakili diwakili Datuk Ram Singh serta peguam Kamarudin Mohmad Chinki dan Prabjit Singh Gill.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This