Bosan asyik menu yang sama setiap hari? Jom cuba resipi ketam kari aroma ini. Rasanya sedap dan cara penyediaan pun mudah.

BAHAN-BAHAN
3 ekor ketam bunga | bersihkan
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari
500 ml santan pekat
500 ml santan cair
2 keping asam gelugur
4 batang serai | ketuk
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 cm halia
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN
1.Ketam dibersihkan dan dituskan airnya. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, serai dan daun kari hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan bahan kisar dan tumiskan hingga wangi.
4.Masukkan serbuk kari ikan, tumis seketika lagi sehingga pecah minyak.
5.Selepas itu, barulah masukkan santan cair, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
6.Masukkan ketam dan gaul rata. Biarkan seketika, sehingga ketam berubah warna. 7.Akhir sekali, masukkan santan pekat dan sebatikan rasa. Biarkan sehingga mendidih dan karinya pekat. Setelah masak, hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram