[VIDEO] “Made in Janda Baik lah ni?…” – Isteri Fizo Omar hamil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SPEKULASI mengenai isteri pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri yang didakwa hamil akhirnya terjawab apabila wanita itu berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram miliknya.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, Fazeera yang merupakan bekas pramugari di sebuah penerbangan antarabangsa membuat kejutan kepada Fizo dengan memberikan alat ujian kehamilan ketika bulan pertama pernikahan.

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami…ia kejutan besar buat dia apabila saya memberitahu sedang hamil.

“Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdia agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan,” tulisnya.

Sementara itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar,36, nyata terkejut dan dalam masa sama teruja bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

“Maksudnya awak hamil? Serius? Tak sangka betul…sayang. Jadi, ‘made in’ Janda Baik lah ni? Ya saya gembira sangat,” ungkap Fizo kepada isteri tersayang.

Dalam pada itu, menerusi entri berasingan, Fazeera turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan ‘baby bump’ yang semakin membesar.

“Setiap hari bukanlah hari yang mudah tetapi saya semakin dekat dengan si kecil.

“Harapnya nanti, kamu akan memiliki rupa paras wajah ayah,” tulisnya di kapsyen.

Namun, Fazeera tidak memaklumkan usia kandungannya.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Sebelum ini dia pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This