Zahid Hamidi nafi bawa fail jumpa Muhyiddin, berani sumpah laknat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan isu meminta pertolongan untuk dilepaskan daripada tuduhan mahkamah.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sama sekali tidak pernah berjumpa dengan Muhyiddin yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak pernah berjumpa beliau, apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Muhyiddin ke atas saya.

“Adakah Muhyiddn juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?” ujarnya menerusi akaun Facebook beliau kelmarin.

Baca artikel berkaitan: Tidak salah sekiranya Muhyiddin ‘bocor’ laporan kewangan

Ahmad Zahid menambah, tuduhan salah laku terhadap pemimpin UMNO sering kali diguna pakai parti lawan apabila menjelang pilihan raya.

Selain itu, katanya, pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga acap kali menekan pemimpin-pemimpin dari UMNO sebaik mereka mempunyai kuasa.

“Antara siri tekanan yang diberikan adalah pemimpin-pemimpin UMNO mesti dituduh dan didakwa sebanyak mungkin.

“Melainkan mereka bersetuju untuk menyertai Bersatu, maka tuduhan-tuduhan tersebut akan digugurkan serta merta.

“Ini seperti keistimewaan yang diberikan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang pada mulanya dituduh namun digugurkan tuduhan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut. Ahmad Zahid berkata, beliau yakin pemimpin daripada parti lawan akan terus menggunakan strategi tuduhan tidak bermoral itu sepanjang kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bahkan, katanya, pemimpin-pemimpin daripada parti lawan akan mengalihkan perhatian kepada peringkat nasional sekiranya gagal menyerang calon-calon di peringkat negeri.

“Ayuh, ambil ‘popcorn’, kita tunggu episod seterusnya. Yang pasti, saya yakin, pengundi Johor lebih arif menilai semua ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This