“Gunalah kelambu atau kain…,” – PU Amin tegur Kak KM susukan anak hingga nampak sebahagian payudara

Dari Penulis

SELEPAS penyanyi Liza Hanim, pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin memberikan pandangan serta nasihat kepada usahawan sensasi yang dikenali sebagai Kak KM.

Perkara ini berhubung tindakan kurang bijak Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang menyusukan anaknya di tempat awam secara terbuka sehingga menampakkan sebahagian payudaranya baru-baru ini sehingga mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Jelas PU Amin, aksi tersebut agak keterlaluan bagi seorang manusia yang beragama Islam.

“Kita ada adab untuk menyusukan anak, paling penting kita sebagai orang Islam ada etikanya. 

“Bukan tak boleh menyusukan anak di tempat awam, tapi gunalah kelambu atau kain untuk menutup. Ataupun cari tempat-tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan sebarang keraguan,” katanya memetik laporan mStar.

Tambah PU Amin, usahawan tersebut bagaikan tidak serik dan  tetap muncul dengan video yang mengundang kecaman serta cacian netizen meskipun sudah beberapa kali diberi teguran.

“Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu. Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan,” ujarnya.

Terdahulu, Kak KM memuat naik video sedang menyusukan anak perempuannya, Cinta Carissa di sebuah restoran mewah.

Ketika itu, premis tersebut dikunjungi ramai pelanggan yang sedang menjamu selera.

Dia yang juga anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri ada memuat naik video mengenai penjelasan bahawa paparan video terbabit tidak menampakkan payudaranya.

Sumber: mStar


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This