Kolej Universiti Poly-Tech MARA kini berstatus universiti penuh

Dari Penulis

KOLEJ Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM) mencatat sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). 

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KUPTM sebelum itu dikenali sebagai Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang ditubuhkan pada 1987 dan kemudiannya dinaiktaraf kepada kolej universiti pada Oktober 2015.

“Selepas lima tahun, KUPTM layak untuk memohon untuk kenaikan taraf kepada universiti penuh dan Alhamdulillah kita telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Mahdzir, KUPTM telah membuat pembentangan permohonan naik taraf universiti penuh kepada KPT pada 1 Disember 2020. dan kelulusan penubuhan universiti telah diterima daripada KPT pada 31 Mac 2021 dengan beberapa syarat sebelum pendaftaran taraf universiti penuh. 

Katanya, pada 21 Februari 2022 , KPT telah bersetuju dengan memberi kelonggaran syarat pendaftaran pertama UPTM sebagai institusi pendidikan tinggi swasta bertaraf universiti dan membolehkan nama UPTM digunakan secara rasmi dengan mematuhi syarat utama dalam tempoh lima tahun beroperasi sebagai universiti.

“Dengan penubuhan UPTM, sektor pendidikan tinggi negara diperlihatkan pada landasan betul dan dapat merealisasikan dan mendokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi Pendidikan Tinggi 2015-2025, seterusnya dapat membangunkan modal insan dan melahirkan graduan bertaraf global”, kata Mahdzir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This