Ismail Sabri diberi sambutan permaidani merah di Thailand

Dari Penulis

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut dengan hamparan permaidani merah sebaik tiba di perkarangan pejabat Perdana Menteri Thailand, yang dikenali sebagai Rumah Kerajaan, Bangkok hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatnya, Prayuth Chan o-cha sebelum lagu kebangsaan Malaysia serta lagu kebangsaan Thailand dialunkan, dan kedua-dua pemimpin itu memeriksa perbarisan kawalan kehormat.

Mereka kemudiannya mengadakan mesyuarat bersama bagi membincangkan isu-isu berkaitan hubungan dua hala, kerjasama ekonomi dalam pelbagai bidang, di samping isu-isu serantau dan antarabangsa.

Ismail Sabri dan Prayuth dijangka mengadakan persidangan media bersama selepas mesyuarat.

Beliau kemudiannya menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Prayuth di Rumah Kerajaan.

Baca artikel berkaitan: PM ulangi jaminan tidak akan tutup sektor ekonomi dan industri

Ismail Sabri tiba di Bangkok semalam untuk memulakan lawatan sulung beliau ke Thailand selama tiga hari, sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan Ogos lepas.

Lawatan rasmi Ismail Sabri ini adalah sebahagian daripada lawatan pengenalannya ke negara-negara di Asia Tenggara sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, dan sebelum ini beliau telah melawat Indonesia, Singapura, Brunei dan Kemboja.

Thailand kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar bagi Malaysia di dunia dan kedua terbesar di dalam ASEAN, manakala Malaysia kekal sebagai rakan dagang keempat terbesar bagi Thailand di dunia.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Thailand mencatatkan peningkatan positif sebanyak 23 peratus dengan jumlah perdagangan bernilai RM97.97 bilion tahun lepas berbanding RM79.63 bilion bagi 2020.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This