PRN Johor: Bantuan menyeluruh semua golongan tawaran Ikhtiar BN Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBERIAN bantuan kewangan RM150 kepada pelajar sekolah daripada keluarga B40 dan M40 dan bantuan RM1,000 kepada semua orang muda Johor (OMJ) pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah merupakan antara tawaran Barisan Nasional (BN) menerusi Ikhtiar BN Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Bantuan kewangan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah itu merupakan salah satu inisiatif Johor Berkebajikan di bawah Ikhtiar Kedua iaitu Kesejahteraan Rakyat. 

Pemberian RM1,000 kepada OMJ itu pula terkandung di bawah Ikhtiar Ketiga iaitu OMJ bagi membangun potensi dan mencipta peluang generasi berkenaan. 

Selain bantuan tersebut, Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, pelbagai lagi inisiatif yang akan dilaksanakan melalui lima Ikhtiar BN Johor dalam tempoh lima tahun sekiranya BN kembali mentadbir negeri tersebut. 

Menurut beliau, sembilan inisiatif Johor Berdaya Saing di bawah Ikhtiar Pertama Kemajuan Ekonomi diharap mampu mengembalikan kemajuan ekonomi Johor yang pernah menjadi penyumbang tertinggi pelaburan negara. 

Pada masa sama, kata beliau, BN melalui Johor Niaga juga akan melaksanakan tiga inisiatif utama termasuk pinjaman tanpa faedah berjumlah RM100 juta melalui Bank Rakyat kepada usahawan di negeri berkenaan. 

Baca artikel berkaitan: PRN Johor: Bukan janji manifesto, tapi ini Ikhtiar BN Johor

Hasni berkata, Johor juga akan mewujudkan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor bagi menyelesaikan masalah berkaitan perumahan Johor berteraskan data dan keperluan semasa. 

“BN Johor juga akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang dan sektor baharu selain menggalakkan penghijrahan semula golongan profesional dari Singapura ke Johor. 

“Untuk tujuan tersebut, Johor Kerja akan menawarkan 100,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang memfokuskan kepada pertanian moden, ekonomi digital dan ekonomi kreatif. 

“Inisiatif ini terkandung di bawah Ikhtiar Kedua Kesejahteraan Rakyat,” katanya ketika membentangkan Ikhtiar BN Johor secara dalam talian hari ini. 

Mengulas lanjut, Hasni memaklumkan, BN Johor juga akan melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Ikhtiar Keempat Pentadbiran Berintegriti bagi memastikan integriti dan kebertanggungjawaban jentera kerajaan dapat dibudayakan. 

Katanya, ia termasuk mewajibkan setiap wakil-wakil rakyat Johor mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Bagi menjamin Reformasi Politik di bawah Ikhtiar Kelima, BN Johor juga akan meneruskan peruntukan tahunan RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang secara sama rata. 

“BN Johor akan terus memupuk naratif politik baharu yang matang bagi menjami kestabilan masa depan rakyat dan negeri,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This