GARA-GARA tindakan sebuah kereta brek mengejut selepas terlihat kesesakan jalan raya di hadapan, enam buah kenderaan dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang awal tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad (gambar kecil) berkata, kejadian dilapor berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi di Kilometer 4.1 dari Perai menghala ke Georgetown.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu disyaki berhenti secara mengejut akibat kesesakan di hadapannya.
“Sebuah kenderaan yang berada di belakang gagal mengelak lalu melanggar kenderaan di hadapan sebelum empat lagi kenderaan lain turut terlibat sama,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Baca artikel berkaitan: Pemandu towing parah dilanggar motosikal
Ujarnya, semuaa mangsa terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes ini disiasat dibawah rule 10 ln 166/59 peraturan-peraturan lalu lintas 1959,” katanya.
Sehubungan itu katanya, pihak polis menasihatkan agar orang awam sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan sentiasa fokus dengan pemanduan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

