Gagal siasat Tawfiq kerana sempadan Singapura ditutup hanya alasan – Musa Hassan

Dari Penulis

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat kenyataan polis tidak dapat menjalankan siasatan ke atas Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz kerana sempadan Singapura ditutup hanya sekadar alasan.

Beliau berkata, untuk siasatan kes tersebut, polis boleh meminta kerjasama daripada polis Singapura yang mempunyai hubungan baik bagi membantu dalam siasatan kes berkaitan 1MDB tersebut.

“Walaupun tak boleh masuk sempadan, mereka boleh minta kerjasama daripada polis Singapura.

“(Semasa menjadi KPN) Saya dulu selalu minta polis sana bantu kita, tak ada masalah. Saya percaya KPN Singapura boleh bantu,” katanya memetik laporan FMT.

Katanya, walaupun polis dibenarkan memasuki Singapura, mereka masih memerlukan kerjasama daripada rakan sejawatan di sana.

BERITA BERKAITAN Tawfiq nafi dakwaan rasuah Leissner terhadapnya

“Itu hanyalah alasan untuk kata sempadan tutup. Kita pergi sana pun, apa kuasa kita nak siasat? Kita tetap perlukan kerjasama polis sana.

“Apa kuasa kita nak ambil keterangan di sana? Kita tak ada kuasa di negara orang, melainkan membawa orang itu ke kedutaan kita di sana.”

Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan polis membuat siasatan lanjut di Singapura, tetapi mereka tidak dapat melengkapkan kertas siasatan kerana sempadan masih ditutup.

Mac tahun lalu, polis dilapor memulakan siasatan terhadap dana berkaitan 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun bank milik Tawfiq di Singapura.

Polis Singapura dilaporkan memaklumkan BNM mengenai transaksi mencurigakan pada 2015 dan 2016 membabitkan sebuah syarikat milik suami Zeti dan salah seorang anak lelakinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This