Gubal dasar baharu berkaitan TVET – Ismail Sabri

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) dicadangkan untuk menggubal dasar baharu berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, KPT dan agensi berkaitan perlu menjenamakan semula pendidikan tersebut bagi menghapuskan persepsi ibu bapa terhadap TVET sebagai pendidikan kelas kedua atau tidak relevan.

“Ramai ibu bapa mempunyai persepsi negatif terhadap TVET ini dan menganggap pendidikan ini seolah-olah kelas kedua atau tertumpu kepada pelajar tercicir.

“Namun, kalau dibandingkan kepada negara luar seperti Jerman dan Perancis, pendidikan tersebut dijadikan pilihan utama,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Kolej Komuniti@Pontian, di Kompleks Muafakat Sungai Pinggan, Pontian hari ini.

Menjelaskan mengenai cadangan menggubal dasar baharu TVET, Perdana Menteri berkata, golongan pelajar seharusnya diberi pilihan untuk memilih subjek dalam bidang tersebut di peringkat lebih awal.

“Di negara maju yang lain, pendidikan TVET dimulakan di awal pendidikan namun berbeza di negara ini, TVET diajar kepada pelajar selepas Tingkatan Tiga, iaitu bermula dengan Tingkatan 4 ke atas barulah pelajar dapat membuat pilihan.

“Jadi, kita (kerajaan) mencadangkan untuk KPT menggubal satu dasar baharu tentang TVET, supaya pelajar-pelajar dapat membuat pilihan subjek yang mereka ingin ceburi daripada Tingkatan Satu,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Empat kolej komuniti di Johor akan ada kampus tetap – PM

Mengenai peluang pemegang sijil TVET ke peringkat universiti, Ismail Sabri berkata, perkara itu telahpun diperluaskan berbanding dahulu, apabila sijil pendidikan itu tidak boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“…tetapi pada hari ini sudah ada beberapa universiti di negara ini telahpun menerima sijil vokasional dan sijil latihan TVET ini, untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti.

“Jadi, kepada ibu bapa jangan mempunyai perasaan rendah diri apabila anak-anak belajar di sekolah-sekolah vokasional dan TVET, kerana ‘tagline’ kita adalah ‘TVET menjadi pilihan pertama untuk kerjaya’,” katanya.

Perdana Menteri juga yakin setiap tenaga mahir yang dilahirkan melalui program TVET berupaya memberikan satu anjakan perubahan yang konkrit, mampu mewujudkan pekerja mahir terlatih, serta berupaya mencipta pekerjaan sendiri dengan berbekalkan kemahiran yang dimiliki.

“Buktinya, kadar kebolehpasaran graduan TVET pada 2020 ialah 87 peratus iaitu melebihi daripada kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional, yang direkodkan sebagai 84.4 peratus.

“Secara khususnya, kadar kebolehpasaran graduan kolej komuniti pada tahun sama ialah 94.2 peratus. Nilai ini adalah yang paling tinggi antara institut latihan kemahiran awam yang kita ada di Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata bahawa produk TVET termasuk juga kolej komuniti menjadi rebutan para majikan di luar sana, justeru kolej komuniti berperanan besar dalam menawarkan akses kepada komuniti setempat untuk meningkatkan kemahiran.

“Dengan pendekatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang disediakan oleh kolej-kolej komuniti, saya yakin, hasrat untuk menyediakan keperluan latihan dan kemahiran di semua peringkat usia akan dapat dilaksanakan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This