Saya hairan Najib boleh ‘lupa’ hutang 1MDB dijamin kerajaan – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SAYA hairan Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh ‘terlupa’ bahawa hutang-hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah dijamin kerajaan.”

Demikian kata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, hari ini. 

Menurut Muhyiddin, dakwaan Najib bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang rakyat adalah tidak benar dan mengelirukan Dewan Rakyat. 

Muhyiddin berkata, kerajaan terpaksa membayar hutang selepas 1MDB gagal membayarnya termasuk faedah yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50 bilion. 

Jelas bekas Perdana Menteri itu, jumlah hutang 1MDB yang masih perlu dibayar adalah bernilai RM38.8 bilion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah hutang seperti dimaklumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, minggu lalu. 

“Menteri Kewangan pada Januari lalu turut memaklumkan bahawa kerajaan sudah membayar hutang 1MDB berjumlah RM13.3 bilion setakat ini. Maknanya, ini duit rakyatlah. 

“Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Pekan (Najib) ialah, oleh kerana kerajaan telah berjaya merampas semula sebahagian wang dan aset 1MDB yang telah dicuri, maka gunalah wang serta aset itu untuk membayar balik hutang 1MDB,” katanya ketika membahaskan usul berkenaan. 

Baca artikel berkaitan: “Saya geli dengar Najib bercakap hutang tak dibayar” –  Dr. Mahathir

Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin memaklumkan telah mengarahkan Pasukan Petugas Khas untuk menjejak dan mendapatkan kembali wang serta aset 1MDB yang disorok di negara-negara asing. 

Beliau difahamkan, lebih RM20 bilion wang dan aset 1MDB telah berjaya dirampas semula setakat ini dan dimasukkan ke Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset yang digunakan untuk membayar sebahagian hutang. 

“Bayangkan jika Pekan masih Perdana Menteri, saya tidak fikir dia akan tubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk mencari wang dan aset 1MDB yang hilang kerana yang menghilangkan wang dan aset itu pun adalah dia. 

“Jadi, benarlah Pekan ini seorang yang cerdik… cerdik berbohong,” jelas beliau. 

Memetik laporan Astro Awani, Najib ketika mengambil bahagian sesi perbahasan di Dewan Rakyat berkata, tidak ada satu sen pun wang rakyat yang digunakan untuk membayar prinsipal hutang 1MDB.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu, bayaran sebanyak RM16.4 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs bukanlah wang rakyat sebaliknya itu adalah wang bank terbabit yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Katanya, beberapa dana lain termasuk daripada Jabatan Kehakiman (DOC) Amerika Syarikat, Ambank, KPMG dan Deloittes yang kesemuanya berjumlah RM23 bilion juga bukan wang rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This