SEBANYAK lapan buah kereta rosak selepas dihempap bongkah batu dalam satu kejadian di parkir kereta Blok 4, Pangsapuri Taman Bukit Permai, Pandan Indah, Ampang, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada pukul 4.30 pagi.
“Pusat kawalan menerima panggilan daripada seorang lelaki memberitahu terdapat lapan bongkah batu jatuh dari bukit berhampiran dan menghempap lapan buah kenderaan.
“Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki tidak pulang sejak Jumaat lalu ditemui meninggal dunia
Katanya hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian tersebut tidak mempunyai sebarang unsur-unsur khianat atau disengajakan setelah pihak Bomba dan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melakukan pemeriksaan di kawasan kejadian.
“Kes tersebut adalah disebabkan oleh bencana alam,” katanya.
Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Jangan letakkan kenderaan di bawah bukit atau pokok kerana kekerapan berlaku pokok tumbang atau tanah runtuh yang disebabkan oleh angin kencang dan cuaca hujan lebat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

