7,077 kes kematian golongan muda di jalan raya – PM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBANYAK 7,077 kes kematian di jalan raya adalah terdiri daripada golongan muda bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara purata, jumlah itu adalah mencecah 50 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh tersebut.

Menurut beliau, dalam tempoh itu, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sebanyak 14,408 kes dan merupakan antara penyebab kematian utama dalam negara.

“Secara purata, sebanyak 4,769 nyawa terkorban di jalan raya setiap tahun dalam tempoh berkenaan.

“Statistik ini menunjukkan golongan muda terdedah kepada risiko lebih tinggi semasa berada di jalan raya dan ini merupakan cabaran utama pihak penguatkuasa untuk membendungnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dua kali PRN, Barisan Nasional menang di era Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, seramai 404 penduduk Orang Asli di Bera mendapat Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).

Menurut beliau, bantuan itu adalah inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengurangkan beban yang ditanggung Keluarga Malaysia khususnya bagi golongan B40.

“Dengan pemilikan lesen kelas B2 ini, mereka dapat meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selain mengukuhkan pasaran tenaga kerja negara.

“Selaku Ahli Parlimen Bera, saya yakin BLKM ini dapat memberikan manfaat daripada segi penciptaan pekerjaan dalam kalangan masyarakat B40, sekali gus memperkasa pendapatan isi rumah Keluarga Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegra


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This