BELUM sempat nak berjinak-jinak dalam sindiket penipuan kerja, tujuh lelaki diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah kondominium dekat Kajang petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kegiatan yang belum sampai seminggu itu tumpas dalam satu operasi pada pukul 3.45 petang yang dijalankan sepasukan anggota polis daripada bahagian siasatan jenayah komersil.
Katanya, kesemua suspek berusia antara 23 hingga 34 tahun itu dikesan menjalankan kegiatan “calling centre” penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-Dagang.
“Polis turut merampas sebanyak 20 unit telefon bimbit pelbagai jenis dan tujuh komputer riba,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Baca artikel berkaitan: Lelaki viralkan video APM ingkar arahan polis ditahan positif methamphetamine
Tambahnya, permohonan reman ke atas semua suspek telah dibuat di hadapan Majisret Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Mac.
“Siasatan awal mendapati sindiket ini menyasarkan mangsa-mangsa dari Indonesia menawarkan kerja secara atas talian,” katanya.
Kes ini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, pihak polis meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi talian hotline IPD Kajang di talian 03-89114242 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor M.Tanaseelan.
Orang ramai juga dinasihatkan berwaspada dengan sindiket penipuan atas talian agar tidak terpedaya dengan tipu helah kegiatan ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

