Lelaki viralkan video APM ingkar arahan polis ditahan positif methamphetamine

Dari Penulis

SEORANG pengawal keselamatan yang bertindak memviralkan video pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) ingkar arahan polis semasa kejadian tanah runtuh di Taman Megah Jaya, Bukit Permai, Ampang, ditahan polis selepas positif methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 43 tahun itu yang juga merupakan anggota sukarelawan APM ditahan selepas selesai memberi keterangan.

“Suspek hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam pada pukul 4.30 petang.

“Selepas selesai direkod keterangan suspek kemudian ditangkap kerana positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki aplikasi perjudian dalam talian di dalam telefon bimbit miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pegawai APM ingkar arahan, polis buka kertas siasatan

Tambahnya, lelaki itu telah di bawa ke ke Mahkamah Ampang bagi tujuan reman dan permohonan reman telah dibenarkan selama tiga hari.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan positif dadah dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi kesalahan aplikasi perjudian dalam talian,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata, lima pegawai dan anggota APM turut hadir ke IPD Ampang pukul 1 petang hari ini untuk direkod keterangan bersabit video yang sama.

“Suspek utama kes, seorang lelaki Melayu berumur 38 tahun yang merupakan Penolong Pesuruhjaya Kehormat APM telah diambil keterangan semalam pada pukul 8 malam,” katanya dan menambah proses itu selesai tiga jam kemudian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This