Alphard terjun parit selepas bertembung lori pikap

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard terjunam masuk ke dalam parit selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori pikap dekat Jalan Masjid Batu 37 Darat, Sabak Bernam, Selangor, petang tadi.

Pemandu MPV itu  bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan mengalami cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.06 petang.

Katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat Sabak Bernam dikejarkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira enam minit.

“Setibanya di lokasi kejadian, seorang kelindan lori berusia 32 tahun tersepit pada bahagian hadapan manakala pemandu lori berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Baca artikel berkaitan: Kanak-kanak 5 tahun mati lemas selepas kereta dipandu ibu terbabas ke dalam tali air

Anggota bomba membantu mengeluarkan kelindan yang tersepit

Tambahnya, kelindan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kaki akibat tersepit.

Ujarnya, kesemua mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor bakal buat laporan polis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa beliau...

More Articles Like This