Pemandu Kia Forte cedera selepas langgar 2 kenderaan di MRR2

Dari Penulis

PEMANDU Kia Forte yang terbabit dalam satu kemalangan di MRR2 dekat Ampang awal pagi semalam cedera selepas melanggar dua buah kenderaan lain selepas berpusing beberapa kali.

Video kemalangan itu yang tular di media sosial menyaksikan kereta tersebut dipandu dengan laju sebelum melanggar kenderaan di hadapan selepas gagal mengelak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 10.05 pagi turut melibatkan sebuah Proton Wira dan Honda Stepwgn Spada.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Kia Forte yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Melayu telah hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan Wira.

“Kemudian Kia Forte berpusing lalu melanggar bahagian belakang Honda Stepwgn Spada dan terbabas ke lorong sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Operasi pencarian Eric dihentikan

Ujarnya, kemalangan itu telah menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan terlibat.

“Pemandu Kia Forte mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.

“Pemandu Wira dan Honda Stepwgn Spada tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Tambahnya, sampel darah pemandu Kia Forte telah diambil untuk dihantar ke jabatan kimia untuk ujian toksikologi.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This