Lelaki guna nombor plat “Mat REMPIT” kecundang

Dari Penulis

GARA-gara menggunakan nombor pendaftaran mengelirukan, seorang lelaki ditahan bersama motosikal di tunganggnya di Pandan Indah, Ampang semalam.

Perkara itu didedahkan oleh Friends of Trafik Ampang melalui kemas kini akaun Facebook rasmi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya.

Menurut Friends of Trafik Ampang, lelaki itu ditahan semasa anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya melakukan rondaan penguatkuasaan disekitar Pandan Indah.

“Pemeriksaan dibuat pada motosikal itu mendapati nombor pendaftaran yang dipamerkan pada bahagian belakang terpamer no pendaftaran “MAT REMPIT” manakala di bahagian hadapan tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran,” kata kenyataan itu.

Pemeriksaan lanjut dibuat dengan menggunakan alat MCOPS pada nombor chasis dan nombor enjin motosikal itu tertera nombor pendaftaran sebenar motosikal tersebut dan berlainan dari yang dipamerkan.

Individu terbabit bersama kenderaan dibawa balik ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 108 (3)(f) APJ 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 dan dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This