Bayi kembar siam 17 hari dipisahkan, pertama di Malaysia

Dari Penulis

MALAYSIA menempa sejarah tersendiri apabila berjaya memisahkan bayi kembar siam pramatang berusia 17 hari dalam satu operasi pembedahan selama 10 jam di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur semalam.


Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram (kg) itu paling muda dibedah dan pembedahan kembar siam pramatang pertama di Malaysia setelah bercantum pada bahagian dada termasuk bahagian hati ketika dilahirkan pada usia 33 minggu kandungan.

Bayi kembar siam pramatang berusia 17 hari berjaya dipisahkan dalam satu operasi pembedahan selama 10 jam di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur semalam.FOTO KKM


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak tujuh beg darah termasuk komponen darah diperlukan bagi memastikan kestabilan dan keselamatan kedua-dua bayi tersebut sepanjang pembedahan.


“Hari ini, sejarah tercipta di Hospital Tunku Azizah di mana satu pembedahan kembar siam memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum pada bahagian dada termasuk bahagian hati dan usus. 


“Tahniah dan ucapan terima kasih kepada pasukan HTA yang diketuai oleh Datuk Dr Zakaria Zahari menyelamatkan bayi kembar ini. Alhamdulilah kini bayi kembar ini berjaya dipisahkan dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi,” katanya di Facebook hari ini.


Terdahulu HTA dalam satu kenyataan berkata, bayi kembar lelaki itu dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan dirujuk untuk rawatan lanjut di HTA.

Seramai 13 doktor pakar dari seluruh negara terbabit dalam pembedahan kembar siam jenis ‘Omphalophagus’ yang didapati berkongsi bahagian hati dan organ-organ lain.

Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak HTA, Dr. Zakaria berkata, pasangan bayi itu terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari kerana komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’.


Ujar beliau, pembedahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan. 

“Selepas perbincangan di antara doktor-doktor pakar HRPB dan HTA secara atas talian pada 15 Mac 2022 pukul 2 petang, keputusan untuk melakukan pembedahan berisiko tinggi itu telah disepakati. 


“Tanggal bersejarah 19 Mac 2022, pasukan Dr. Zakaria yang disertai oleh enam lagi Pakar Bedah Kanak-Kanak dari seluruh Malaysia, dan pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida, beserta hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah kanak-kanak, pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dalam masa 66 minit tanpa komplikasi major,” katanya.

Sementara itu, Dr Zakaria berkata, proses persediaan untuk pembedahan bayi kembar siam berkenaan dimulakan seawal 7.30 pagi dan kedua-dua bayi kemudiannya dihantar balik ke NICU pada pukul 2 petang. 


“Dengan sokongan pasukan Neonatologi yang diketuai oleh Dr. Neoh dan jururawat NICU HTA, diharapkan kedua-dua bayi ini dapat sembuh dengan sebaik-baiknya,” tambahnya.


Semenjak pembukaan HTA, ini merupakan pembedahan ketiga untuk pasangan bayi kembar siam. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This