Pertumbuhan ekonomi negara, hutang kerajaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

DATA terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang itu antara persoalan yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan.

Turut terkandung dalam sesi itu adalah soalan Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha dan inisiatif kementerian untuk membantu para pelakon serta artis menyimpan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan dan saraan hari tua mereka.

Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah berat yang ditanggung oleh pelajar khususnya di sekolah rendah.

Selain itu, pertanyaan mengenai status terkini projek-projek solar di bawah Projek Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3) dan Program Solar Berskala Besar Bagi Menarik Pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui (LSS@MenTARI) akan dibangkitkan oleh Yeo Bee Yin (PH-Bakri) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli. 

Baca artikel berkaitan: Kedudukan Jakim, hutang 1MDB jadi tumpuan Dewan Rakyat

Turut ditanya adalah mengenai usaha dan perancangan kementerian untuk mengurangkan bilangan gelandangan di seluruh negara yang diajukan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Selesai sesi tersebut, bacaan kali pertama Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 masing-masing dijangka dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan. 

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This