Rahsia Al-Quran penawar penyakit

Pernah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada sahabat-sahabatnya bahawa apabila meninggalnya seorang anak Adam, maka bersendirianlah mereka di dalam kubur bersama dua malaikat yang ditugaskan untuk menyoal setiap amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Namun, kata Rasulullah, bergembiralah mereka yang mengamalkan bacaan al-Quran. Ini kerana, ia akan bangkit kepada kita sebagai peneman untuk membantu menjawab setiap apa yang disoal oleh malaikat. Bahkan si mati boleh berehat dengan aman. Hebatkan?

Amalan membaca al-Quran ini bukanlah satu tugas yang susah untuk dilaksanakan. Bacalah al-Quran di mana-mana saja. Malah jika malu sekalipun untuk baca dihadapan orang, bacalah di mana pun ketika bersendirian. Atau setidaknya ketika menunggu waktu masuk waktu solat.

Tidaklah sesukar manapun, baca tiga ayat pun sudah memadai. Janji anda buat. Jangan biarkan hari-hari anda berlalu tanpa bacaan al-Quran kerana disitu letaknya kunci kesejahteraan hidup di dunia mahu pun akhirat.

Kehebatan al-Quran ada diceritakan dalam hadis diriwayat oleh Bukhari dan Muslim yang menerangkan mukjizat al-Quran sebagai penawar. Dalam kisah tersebut diceritakan bagaimana seorang pemuda dalam satu kabilah cuba mengubati seorang raja yang terkena bisa dengan menggunakan surah Al-Fatihah. Dengan izin Allah S.W.T. raja tersebut sembuh dari penyakit yang dideritainya.

Namun katanya, tidak semua individu yang membaca surah al-Quran mampu menyembuhkan orang lain. Ini kerana, Allah S.W.T. hanya menganugerahkan kelebihan itu untuk hamba Nya yang beriman dengan isi-isi al-Quran sahaja.

Ia ada diterangkan oleh Allah di dalam kitab sucinya surah al-Isra’: 82

“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…”

Kekuatan spiritual dari pesakit juga perlu dalam sesi rawatan. Ini kerana jika pesakit tidak yakin dengan apa yang dibaca, berkemungkinan tahap penyembuhan juga kurang. Dalam masa yang sama, kita juga diingatkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. agar penyakit yang dihidapi sembuh seperti sedia kala dan yakin bahawa kuasa penyembuhan hanya ada pada Allah seperti firman Nya dalam surah al-Baqarah: 186

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku…”

Begitulah, istimewanya kedudukan umat Islam yang beriman dengan isi al-Quran. Hanya dengan kelebihan itu, Allah mengangkat darjat mereka di dunia apatah lagi di akhirat. Wallahu a’lam

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare