Zul Ariffin sudah beri kerjasama dengan SKMM

Dari Penulis

PELAKON sensasi Zul Ariffin hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya bagi membantu siasatan susulan perkongsian sedutan babak panas drama yang dikatakan seperti adegan lucah pada Sabtu lalu.

Zul memaklumkan perkembangan tersebut menerusi perkongsian hantaran di Insta-Story pada petang tadi.

“Hari ini, saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk ‘Perempuan Itu’,” tulisnya.

Menerusi laporan pada Selasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, siasatan terhadap pelakon itu dilakukan mengikut Seksyen 233 kerana menyalahi undang-undang.

Terdahulu, media sosial kecoh memperkatan tentang perkongsian video aksi panas antara Zul Ariffin dan pelakon baharu Siti Hariesa.

Dalam video berkenaan, pelakon berusia 35 tahun itu dlihat mendukung Siti Hariesa dan dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum.

Lebih panas lagi apabila adegan Siti Hariesa yang sedang menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul sambil menggerakkan tubuhnya dengan gaya menghairahkan telah membangkitkan rasa kurang senang warganet dan mereka menyelar adegan tersebut seperti filem lucah.

Kontroversi babak itu turut mendapat respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lancar hab baharu di Cyberjaya, TV AlHijrah janji kualiti siaran lebih mantap

STESEN televisyen Islamik utama negara, TV AlHijrah, melakar satu lagi penanda aras penting dalam landskap penyiaran tempatan apabila merasmikan...

More Articles Like This